Berita Utama

COVID-19: Rekod kes sembuh tertinggi 4,427 hari ini

Jumlah kes baharu menurun namun kekal empat angka iaitu 3,346

KUALA LUMPUR, 11 Jamadilakhir 1442H, Ahad – Pesakit sembuh daripada COVID-19 di negara ini mencatat jumlah tertinggi hari ini dengan 4,427 kes sekali gus mengatasi bilangan kes baharu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kes aktif menurun kepada 41,677 kes berbanding 42,769 kes semalam.

Dr Noor Hisham berkata jumlah kes baharu juga menurun namun kekal empat angka iaitu 3,346 orang manakala sembilan lagi kluster baharu dilaporkan termasuk lapan kluster penularan di tempat kerja.

“Selangor melaporkan kes harian baharu paling tinggi iaitu 950 kes; Sabah (431 kes); Kuala Lumpur (390 kes); Johor (378 kes); Sarawak (255 kes); Terengganu (179 kes); Negeri Sembilan (160 kes); dan Melaka (152 kes).

“Pulau Pinang dengan 90 kes; Kedah pula mencatat 85 kes; Kelantan (77 kes); Pahang (63 kes); Labuan (49 kes); Perak (46 kes); Putrajaya (38 kes); dan Perlis merekodkan hanya tiga kes,” katanya dalam kenyataan perkembangan COVID-19, di sini hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button