Berita Utama

Kelantan kesan kes pertama varian Delta

Penduduk diminta lebih berwaspada, tingkat tahap pematuhan SOP

KOTA BHARU, 15 Zulhijjah 1442H, Ahad – Kelantan mengesan kes pertama varian Delta melibatkan seorang wanita di Pasir Puteh yang disahkan positif dua hari lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin berkata, wanita berkenaan juga pernah dijangkiti COVID-19 sebelum ini.

Beliau berkata, perkembangan ini amat membimbangkan, justeru beliau menyeru seluruh penduduk Kelantan supaya lebih berwaspada dan meningkatkan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak jangkitan.

“Kerjasama rakyat termasuk para pemimpin dalam aspek pematuhan SOP amat penting bagi membendung penularan virus ini.

“Sekiranya tiada urusan penting jangan tubik (keluar) dan jangan kederak (bersiar-siar),” katanya dalam persidangan media di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.

Setakat semalam, Kelantan mencatatkan 502 kes positif baharu dan 2,625 kes masih dalam rawatan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button