Berita UtamaDunia
Longgar sekatan, kes di Turki meningkat kepada 12,381
Jangkitan masih jauh rendah berbanding gelombang pada April-Mei

ISTANBUL, 15 Zulhijjah 1442H, Ahad – Kes baharu COVID-19 di Turki melonjak kepada 12,381 pada Sabtu (24 Julai), tahap tertinggi sejak pertengahan Mei.
Menurut data Kementerian Kesihatan, pada masa sama 58 orang dilaporkan meninggal dunia akibat COVID-19.
Jangkitan itu masih jauh berbanding gelombang pada bulan April-Mei ketika kes COVID-19 baharu mencecah lebih 60,000.
Bagaimanapun kes menurun kepada 4,418 pada 4 Julai selepas pelaksanaan sekatan pergerakan ketat yang berakhir pada pertengahan Mei.
Sebahagian besar sekatan terakhir dilonggarkan bulan ini. – Agensi
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.