Dunia

Pusat COVID-19 Asia, Indonesia tambah kapasiti ICU di daerah tinggi kes kematian

Jumlah kes jangkitan terus meningkat ekoran varian berbahaya Delta

JAKARTA, 15 Zulhijjah 1442H, Ahad – Indonesia sedang menyiapkan unit rawatan rapi (ICU) tambahan untuk menampung jumlah pesakit COVID-19, ketika kerajaan masih mempertimbangkan keputusan sama ada melanjut atau melonggarkan sekatan yang sepatutnya berakhir pada Ahad. 

Ekoran gelombang virus yang didorong daripada varian berbahaya Delta, Indonesia kini menjadi pusat COVID-19 di Asia dengan jumlah pesakit di hospital terus meningkat, terutama di Pulau Jawa. 

“Kematian meningkat disebabkan oleh beberapa faktor. Hospital penuh, pesakit yang diterima untuk rawatan juga rendah atau kematian tanpa pengawasan dan ketika kuarantin kendiri,” kata Menteri Kanan, Luhut Pandjaitan dalam satu kenyataan.

Luhut yang bertanggungjawab mengendalikan kes COVID-19 di Pulau Jawa dan Bali berkata, kapasiti ICU akan ditambah di daerah-daerah yang melaporkan kes kematian tertinggi. 

Bali yang terkenal sebagai pusat pelancongan telah mengalami kekurangan bekalan oksigen. 

Minggu lalu, negara itu melaporkan kes kematian tertinggi dalam tempoh empat hari berasingan, dengan angka terkini sudah mencecah 82,000 kes. 

Malah, jumlah kes jangkitan juga meningkat kepada lebih 1.3 juta, meskipun pakar kesihatan mendakwa kematian dan jumlah kes harian berkurang. 

Setakat ini, hanya kurang tujuh peratus penduduknya yang berjumlah 270 juta orang sudah mendapatkan vaksinasi sepenuhnya, di mana hanya bergantung kepada dos Sinovac Biotech.

Difahamkan, kerajaan negara itu dijadual mengadakan sidang akhbar hari ini dipercayai berkaitan kes COVID-19 dan keputusan sekatan, namun masih belum menetapkan masanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button