Berita Utama

17,405 kes baharu, kumulatif kes cecah angka sejuta

Selangor kekal sebagai negeri yang mencatatkan kes tertinggi

KUALA LUMPUR, 15 Zulhijjah 1442H, Ahad – Kumulatif kes COVID-19 di negara kini mencecah angka sejuta dengan 1,013,438 kes, apabila sebanyak 17,045 kes jangkitan baharu wabak itu dilaporkan hari ini.

Jumlah kes baharu yang dilaporkan itu juga, merupakan yang tertinggi pernah direkodkan negara sejak pandemik itu Malaysia Mac tahun lepas, memelandangatasi 15,902 kes yang dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Facebook berkata, Selangor kekal sebagai negeri yang mencatatkan kes tertinggi dengan 8,500 kes dan Kuala Lumpur turut merekodkan kes empat angka dengan 2,045 kes, manakala Kedah 1,216 kes.

Johor mencatatkan 950 kes, diikuti Sabah (818), Perak (609), Pulau Pinang (573), Negeri Sembilan (513), Pahang (424), Sarawak (407), Melaka (370), Terengganu (273), Kelantan (266), Putrajaya (50), Labuan (21) dan Perlis (10). – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button