Dunia

1,064 jangkitan baharu di Palestin, Gaza catat kes tertinggi

191 pesakit di ICU, 27 daripadanya bergantung alat pernafasan

RAMALLAH, 19 Jamadilawal 1442H, Ahad – 25 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam terakhir akibat jangkitan wabak COVID-19 di Palestin, menurut pihak berkuasa kesihatan. 

Menteri Kesihatan, Mai al-Kaila berkata, dalam tempoh itu juga, sebanyak 1,064 kes jangkitan baharu dilaporkan, menjadikan keseluruhan kepada 158,879 kes. 

Beliau berkata, 360 kes jangkitan dan 14 kematian direkodkan di Tebing Barat, sementara Semenanjung Gaza catat jumlah tertinggi iaitu 704 kes baharu dengan 11 kematian. 

Katanya, kadar pesakit pulih di Palestin juga mencapai 86.4 peratus, iaitu hanya 12.6 peratus kes aktif dan 1 peratus kematian daripada jumlah jangkitan. 

Al-Kaila berkata, seramai 191 pesakit sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 27 daripadanya bergantung dengan alat bantuan pernafasan. 

Setakat hari ini, Palestin – negara yang dijajah rejim pengganas Israel – merekodkan 1,578 kes kematian dan 136,384 kes pulih daripada COVID-19. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button