Berita Utama

Presiden UMNO masih ‘denial syndrome’

Majoriti undi berkurang, mungkin pengundi boikot UMNO-BN?

BANGI, 24 Rabiulawal 1445H, Selasa – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seolah-olah tidak boleh menerima kenyataan apabila majoriti undi Barisan Nasional (BN) merosot dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai Sabtu lepas.

Sebelum ini, Pengerusi BN itu mendakwa, penurunan majoriti kemenangan BN pada PRK Pelangai, disebabkan parti pembangkang melemparkan fitnah kepada calonnya.

Justeru, beliau menyifatkan kemenangan calon BN, Datuk Amizar Abu Adam adalah besar dengan majoriti 2949.

Mengulas perkara itu, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris berkata, dakwaan Ahmad Zahid menimbulkan persoalan siapa sebenarnya menang pada PRK DUN Pelangai.

Katanya, PRK Pelangai sebenarnya menterjemahkan maksud tersirat pertamanya, faktor perbezaan peratusan turun mengundi iaitu 72 peratus manakala pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) peratusan mengundi ialah 78.4 peratus.

“Jumlah majoriti undi yang dimenangi calon BN kali ini berkurangan dari 2,949 undi berbanding 4,048 undi diperoleh Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang mewakili BN dalam persaingan empat penjuru pada PRU15.

“Ketiga, tetiba Presiden UMNO mendakwa penurunan majoriti kemenangan BN pada PRK Pelangai, disebabkan parti pembangkang melemparkan fitnah kepada calonnya.

“Persoalan besar yang hendak dilontarkan TokLi adalah siapa sebenarnya menang?” soalnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan perbandingan majoriti kemenangan BN sebanyak 1,099 undi menunjukkan pengundi tidak keluar dan pulang mengundi ataupun ada pengundi yang beralih kepada Perikatan Nasional (PN) atau Bebas.

“Paling ‘win’, mungkin ada pengundi boikot UMNO-BN? Jadi, kesimpulan besar adalah Presiden UMNO masih tidak boleh menerima kenyataan sebenar!

“Presiden UMNO masih dalam ‘denial syndrome’! Masih mimpi di siang hari! Presiden UMNO tahu ke kerusi DUN Pelangai itu adalah kubu kuat BN sendiri?

“Jadi, siapa sebenarnya menang?” soalnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button