Berita Utama

Ketua parti diminta tentukan kehadiran dalam dewan: Speaker

Bagi mengelakkan risiko penularan COVID-19

KUALA LUMPUR, 16 Zulhijjah 1442H, Isnin – Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pagi ini dimulakan dengan pemashyuran Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun yang meminta semua ketua parti menentukan kehadiran Ahli Parlimen masing-masing di dalam dewan, walaupun pada masa ini tiada had kehadiran dalam dewan.

Beliau meminta ketua parti agar membuat penggiliran kehadiran Ahli Parlimen masing-masing setiap jam bagi mengelakkan risiko penularan COVID-19.

“Pada masa ini, kita memutuskan tiada had kehadiran dalam dewan dan tempoh masa persidangan sehingga 5.30 petang. Bagaimanapun, saya meminta kerjasama semua ketua parti agar dapat ‘rotate’ (menggilirkan) keahlian dalam dewan setiap jam,” katanya.

Beliau berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Parlimen Jumaat lepas dan turut memaklumkan masih mempertimbangkan jumlah kehadiran dan masa persidangan.

Pada masa sama, Azhar mengesahkan terdapat dua Ahli Parlimen yang positif COVID-19, selain sekurang-kurangnya lima yang lain dikuarantin kerana menjadi kontak rapat. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button