Berita Utama

KKM sedia peranti ujian kendiri kepada MP, pegawai Parlimen

Boleh hubungi klinik Parlimen jika ingin buat ujian saringan

KUALA LUMPUR, 16 Zulhijjah 1442H, Isnin – Kementerian Kesihatan (KKM) menyediakan peranti ujian kendiri (Rapid Antigen test) yang menggunakan air liur bagi saringan COVID-19 kepada semua Ahli Parlimen yang menghadiri Mesyuarat Khas Dewan Rakyat.

Menerusi pemakluman pada sesi perbahasan hari ini, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, selain Ahli Parlimen, kemudahan itu turut diberikan kepada pegawai-pegawai serta semua yang hadir pada persidangan itu.

“Terima kasih saya rakamkan kepada Kementerian Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah,” katanya.

Mohd Rashid berkata, mereka yang ingin membuat ujian itu perlu menghubungi klinik Parlimen.- Bernama

 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button