Berita Utama

Parlimen jadi ‘sarkas’

Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang saling bertikam lidah

BANGI, 16 Zulhijjah 1442H, Isnin – Tak sampai sejam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berlangsung, keadaan tenang dan nyaman ketika Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berucap bertukar menjadi ‘sarkas’.

Lebih mengejutkan, beberapa perkataan panas seperti letak jawatan dan derhaka turut dikeluarkan sepanjang tempoh mesyuarat berlangsung.

Beberapa Ahli Parlimen juga dilihat saling bertikam lidah sesama mereka sebelum ditenangkan Speaker.

Sebaik selesai ucapan Speaker, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan – Semporna) merupakan Ahli Parlimen pertama bangun dan meminta penjelasan.

Keadaan menjadi semakin ‘panas’ selepas itu apabila Ramkarpal Singh Karpal Singh (DAP – Bukit Gelugor) bangun mencelah dan mengeluarkan perkataan kontroversi.

Tun Dr Mahathir Mohamad (Pejuang – Langkawi) turut bangun selepas itu yang menegaskan Ahli Parlimen tidak memerlukan penerangan, sebaliknya, apa yang dituntut ialah perbahasan untuk membincangkan isu semasa.

Sidang khas hari ini adalah yang pertama kali diadakan sejak 12 Januari lalu selepas kerajaan melaksanakan Proklamasi Darurat.

Terdahulu hari ini, Azhar meminta ketua parti mengadakan penggiliran ahli di Dewan Rakyat setiap sejam bagi mengelak penularan COVID-19 sepanjang lima hari sidang khas berkenaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button