Artikel Khas

Pencapaian anak Melayu membanggakan

Mendapat ranking nombor 1 di dunia memang sangat luar biasa

TAHNIAH Saudari Hannah Mumtazah atas pencapaian yang cemerlang dan membanggakan kita semua dengan mendapat pencapaian nombor 1 dunia dalam kertas Financial Management dan nombor 2 dunia dalam kertas Strategic Business Reporting dalam peperiksaan akauntan bertauliah ACCA.

Saya sebagai seorang akauntan bertauliah yang antara batch terawal menduduki peperiksaan ACCA sejak diperkenalkan di Malaysia, tahu bagaimana susahnya peperiksaan ini.

Mendapat ranking nombor 1 di dunia memang sangat luar biasa. Pastinya ianya lahir dari sikap keinginan, ketekunan dan kuat berusaha yang luar biasa.

Ini membuktikan bahawa anak bangsa kita berkemampuan dalam menjadi yang terbaik sekali gus menidakkan stigma-stigma buruk terhadap mahasiswa universiti tempatan kita terutamanya UiTM selaku sebuah institusi pendidikan Bumiputera yang penting di Malaysia.

Semoga kisah Saudari Hannah Mumtazah dapat diceritakan dan diangkat sebagai ‘role model’ kepada anak-anak muda kita, dan seluruh dunia oleh media-media arus perdana.

Haji Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button