Berita UtamaDunia

Indonesia rekod 2,069 kematian

Jumlah kematian harian paling tinggi di Jawa Tengah

JAKARTA, 17 Zulhijjah 1442H, Selasa – Indonesia mencatatkan jumlah kematian harian tertinggi akibat COVID-19, selepas merekodkan 2,069 kematian hari ini.

Menurut data yang disiarkan Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, jumlah kematian keseluruhan akibat virus itu kini meningkat kepada 86,835 orang.

Provinsi Jawa Tengah merekodkan jumlah kematian harian paling tinggi iaitu seramai 417 kematian, diikuti Jawa Timur (354), Jawa Barat (309), Jakarta (184) dan selebihnya di provinsi lain.

Kes baharu COVID-19 di Indonesia direkodkan sebanyak 45,203 menjadikan jumlah kes keseluruhan kini meningkat kepada 3,239,936 kes, dengan sebanyak 556,281 pesakit aktif (dirawat). – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button