Berita UtamaDunia

Pengganas Israel terbukti lakukan jenayah perang di Gaza

Serangan negara penjajah hancurkan seluruh keluarga tanpa sasaran tentera

BAITULMAQDIS, 17 Zulhijjah 1442H, Selasa – Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) mendakwa tentera negara pengganas Israel melakukan serangan yang ‘nyata jenayah perang’ dalam serangan 11 hari di Semenanjung Gaza yang bermula pada 10 Mei lalu.

Organisasi hak asasi manusia antarabangsa itu mengeluarkan kesimpulannya hari ini selepas menyiasat tiga serangan udara Israel yang dikatakan membunuh 62 orang awam Palestin.

Ia menyimpulkan bahawa ‘tidak ada sasaran ketenteraan yang jelas di sekitarnya’ berhubung serangan itu.

Laporan itu memfokuskan pada tindakan Israel ketika serangan, dan kumpulan itu menyatakan akan mengeluarkan laporan berasingan mengenai tindakan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dan kumpulan bersenjata Palestin yang lain pada bulan Ogos.

“Pasukan Israel melakukan serangan di Gaza pada bulan Mei yang menghancurkan seluruh keluarga tanpa ada sasaran tentera yang jelas berhampirannya,” kata Pengarah krisis dan konflik HRW, Gerry Simpson, di laman web organisasi itu.

Tidak ada reaksi segera terhadap laporan itu oleh tentera Israel, yang berulang kali kononnya mengatakan serangan ditujukan kepada sasaran ketenteraan di Gaza. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button