Berita Utama

6 wanita termasuk seorang lelaki ditahan terlibat pelacuran

Kenakan bayaran antara RM250 hingga RM300 selama 45 minit

IPOH, 18 Zulhijjah 1442H, Rabu – Jabatan Imigresen Perak menahan enam wanita warga asing dan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran di sebuah hotel di Jalan Raja Ekram di sini.

Pengarah Imigresen Perak, Hapdzan Husaini berkata, wanita berusia antara 25 dan 31 tahun itu berasal dari Laos, Thailand, China dan Vietnam sementara lelaki berusia 34 tahun itu dipercayai sebagai ‘bapa ayam’ mereka.

“Ketika kami sampai, beberapa bilik didapati berkunci. Kami terpaksa memecah beberapa pintu kerana wanita asing itu enggan bekerjasama.

“Di setiap bilik, kami menjumpai kondom yang dipercayai digunakan semasa melakukan aktiviti seksual mereka.

“Mereka dipercayai mengenakan bayaran antara RM250 hingga RM300 selama 45 minit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hapdzan mengatakan bahawa serbuan itu adalah sebahagian daripada operasi dua hari yang dilancarkan di sini bermula hari Selasa (27 Julai).

Katanya, 10 pekerja asing lain dari Indonesia, Bangladesh dan Vietnam, juga ditangkap di pelbagai lokasi, termasuk sembilan rumah, kedai runcit dan sekatan jalan raya.

“Kami memeriksa sejumlah 65 orang. Mereka yang ditangkap berusia antara 25 dan 40 tahun.

“Mereka yang ditangkap akan disiasat di bawah Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, tinggal melebihi tempoh, menyimpan warga asing yang tidak sah dan bekerja secara haram dengan pas lawatan sosial,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button