Dunia

Pfizer mungkin naik harga vaksin COVID-19

Pasaran beralih kepada insurans swasta selepas 2023

NEW YORK, 24 Rabiulawal 1444H, Jumaat – Pfizer dijangka menaikkan harga vaksin COVID-19 kepada kira-kira AS$110 hingga AS$130 setiap dos selepas program pembelian semasa kerajaan Amerika Syarikat (AS) tamat.

Eksekutif Pfizer, Angela Lukin berkata, vaksin itu akan disediakan tanpa kos kepada individu yang mempunyai insurans swasta atau insurans yang dibayar kerajaan.

Kerajaan AS pada masa ini menyediakan vaksin secara percuma kepada semua dengan bayaran kira-kira AS$30 setiap dos pada Pfizer dan rakan kongsi Jerman BioNTech SE.

Pada 2023, pasaran dijangka beralih kepada insurans swasta selepas kecemasan kesihatan awam AS tamat tempoh.

Namun, Lukin tidak menjangkakan pembelian vaksin akan dipindahkan ke sektor swasta sehingga suku pertama tahun 2023.

Pfizer berkata, pihaknya menjangkakan pasaran vaksin COVID-19 adalah seperti pasaran suntikan selesema untuk dewasa, namun pasaran pediatrik akan mengambil masa lebih lama untuk dibina berdasarkan suntikan diberikan setakat ini.

Reuters sebelum ini menjangkakan kenaikan harga itu disebabkan oleh permintaan vaksin COVID-19 yang semakin berkurangan.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button