Berita UtamaDunia

Najib Mikati mahu segera bentuk kerajaan baharu Lubnan

Parti politik lain turut bersetuju dengan keperluan mewujudkan kerajaan secepat mungkin

BEIRUT, 18 Zulhijjah 1442H, Rabu – Perdana Menteri Lubnan yang baharu, Najib Mikati hari ini mengatakan bahawa beliau berharap dapat membentuk kerajaan dalam masa terdekat, lapor Reuters.

Najib, seorang ahli perniagaan adalah orang ketiga yang dicalonkan sejak Hassan Diab mengundurkan diri setelah letupan di kawasan pelabuhan Beirut pada 4 Ogos tahun lalu sehingga mengorbankan lebih daripada 200 orang dan meratakan kawasan besar di bandar ini.  

Kerajaan Hassan terus bertahan sebagai ‘caretaker government’ atau kerajaan sementara sejak itu, tetapi mata wang Lubnan kian jatuh, pekerjaan hilang dan bank turut membekukan akaun dalam krisis terburuk di negara itu sejak perang saudara 1975-90.

Najib telah mengadakan rundingan dengan parti-parti politik yang menurutnya ‘sebulat suara’ menyetujui perlunya mewujudkan kerajaan secepat mungkin untuk menyelamatkan negara yang dilanda krisis. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button