Berita UtamaDunia

Kes di Turki lebih 20,000 sehari selepas Aidiladha

87 peratus kes babitkan individu belum vaksin

ISTANBUL, 19 Zulhijjah 1442H, Khamis – Kes baharu wabak COVID-19 Turki meningkat kepada 22,291 pada Rabu lalu – yang tertinggi sejak awal Mei.

Menurut data Kementerian Kesihatan, jumlah kematian harian mencapai paras tertinggi dalam enam minggu iaitu sebanyak 76 orang.

Kenaikan kes baharu susulan percutian Aidiladha minggu lalu apabila ramai penduduk Turki berpusu-pusu mengunjungi pusat peranginan pantai yang sesak.

Bagaimanapun kadar kes paling tinggi di wilayah timur di kawasan vaksinasi lebih rendah.

Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca berkata, 87 peratus kes semasa adalah di antara individu yang tidak menerima vaksin sepenuhnya.

Angka itu meningkat kepada 95 peratus untuk dimasukkan ke hospital, kata Koca dalam satu kenyataan di televisyen, yang meminta orang ramai mendapatkan vaksin.

Katanya, ketika ini tidak perlu melaksanakan semula sekatan bagi memerangi penularan virus itu tetapi tidak menolak melakukannya pada masa hadapan.

Pada April lalu, jangkitan harian meningkat kepada 63,000, namun berjaya diturunkan.

Ia susulan sekatan pergerakan yang berakhir pada pertengahan Mei, turun serendah 4,418 pada 4 Julai sebelum melonjak naik. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button