Berita Utama

Pembatalan Ordinan Darurat ikut lunas undang-undang, Perlembagaan: PMO

Semua tindakan kerajaan berhubung pembatalan Ordinan Darurat adalah teratur

KUALA LUMPUR, 19 Zulhijjah 1442H, Khamis – Semua tindakan kerajaan berhubung pembatalan Ordinan Darurat adalah teratur dan selaras dengan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menekankan bahawa dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya, adalah penting untuk beliau bertindak mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan.

“Perdana Menteri juga telah menyembah maklum pandangan Kerajaan bahawa kesemua Ordinan Darurat tersebut tidak perlu diungkaikan oleh Parlimen memandangkan Jemaah Menteri telah pun menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkannya.

“Di samping itu, sidang Parlimen yang berlangsung adalah Mesyuarat Khas yang diadakan di bawah Peraturan Mesyuarat 11 (3) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang agendanya adalah penerangan menteri dan tiada sebarang usul untuk mengungkai ordinan darurat,” menurut kenyataan itu.

Jemaah Menteri telah memutuskan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membatalkan Ordinan Darurat sebelum Mesyuarat Khas Parlimen bermula. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button