Berita UtamaDunia

Rakyat desak Presiden Tunisia berundur menjelang pilihan raya Parlimen

Pembangkang tolak rampasan kuasa, gesa kembalikan demokrasi

TUNIS, 16 Jamadilawal 1444H, Ahad – Ratusan rakyat Tunisia mengadakan bantahan terhadap Kais Saied, menuduh Presiden melakukan rampasan kuasa yang tidak demokratik.

Bantahan diadakan seminggu sebelum pilihan raya Parlimen baharu yang diwujudkan oleh perubahan Perlembagaan Kais.

“Kais keluar!” laung penunjuk perasaan yang berarak di tengah-tengah Tunis.

Jurucakap pada protes itu termasuk ahli politik kanan dari parti yang menentang Kais berkata, pilihan raya itu tidak sah dan menggesa diboikot.

“Semua pembangkang bersetuju dengan satu pendirian iaitu menolak rampasan kuasa dan menggesa kembali kepada demokrasi,” kata Samira Chaouachi, yang merupakan Timbalan Speaker di Parlimen yang dibubarkan oleh Kais.

Kais menutup Parlimen sebelumnya tahun lalu dan memerintah melalui dekri sebelum menulis semula perlembagaan tahun ini untuk memberi lebih banyak kuasa kepada jawatan presiden, langkah yang ditolak oleh kebanyakan parti politik.

Katanya, tindakan itu adalah sah dan perlu untuk menyelamatkan Tunisia daripada krisis bertahun-tahun dan berulang kali berkata, beliau tidak akan menjadi diktator.

Rakyat Tunisia sejak beberapa tahun kebelakangan ini kecewa akibat kelumpuhan ekonomi dan politik, dengan Parlimen yang berpecah serta kerajaan tidak stabil.

Pilihan raya akan diadakan pada 17 Disember ini untuk menubuhkan Parlimen baharu yang kurang berkuasa yang diwujudkan oleh Perlembagaan Kais, yang diluluskan melalui referendum pada Julai dengan peratusan keluar mengundi rendah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button