Berita Utama
Keselamatan, ketenteraman negara terkawal: KPN
PDRM akan pertingkat pemantauan bagi jamin kesejahteraan masyarakat

KUALA LUMPUR, 20 Zulhijjah 1442H, Jumaat – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa situasi keselamatan dan ketenteraman awam negara berada pada tahap terkawal.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata orang ramai diminta tidak gusar kerana PDRM akan mempertingkat pemantauan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.
“Orang ramai juga dinasihat agar sentiasa mematuhi segala prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dalam menjalani kehidupan seharian sebagai usaha bersama untuk membendung penularan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.