Berita UtamaDunia

Pakistan nafi tenteranya bantu Taliban di Afghanistan

Tak benar AS bina pangkalan di Pakistan untuk kerja perisikan

ISLAMABAD, 20 Zulhijjah 1442H, Jumaat – Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan membantah laporan bahawa pejuang tentera Pakistan telah melintasi sempadan ke Afghanistan untuk membantu Taliban dalam memerangi kerajaan Afghanistan.

“Ini adalah sangat mengarut”, kata Imran dalam wawancara dengan PBS NewsHour, Judy Woodruff.

Beliau juga menegaskan bahawa Pakistan telah mengalami penderitaan yang sangat berat dalam peperangan panjang melibatkan Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan membenarkan AS mendirikan pangkalan di Pakistan untuk melakukan kerja perisikan atau menjalankan operasi pemberontakan.

“Kami tidak memiliki kemampuan untuk berperang lagi di dalam sempadan kami, mahupun sebarang keganasan di dalam negara kami.

“Ketika kami berada di puncak perang melawan keganasan, yang disertai Pakistan, berlaku pengeboman bunuh diri yang berlaku di seluruh negeri. Perniagaan runtuh, pelancongan runtuh. Jadi kita tidak mahu menjadi sebahagian daripada konflik,” katanya.

Imran berkata, Pakistan berusaha mendorong Taliban untuk berunding dengan AS supaya mengakhiri konflik di Afghanistan dan mengesyorkan hasil politik terbaik di Afghanistan iaitu membentuk ‘kerajaan inklusif’.

“Ini adalah penyelesaian terbaik. Tidak ada penyelesaian lain kerana langkah ketenteraan telah gagal,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button