Berita UtamaDunia

Lubnan hadkan individu sudah vaksin saja boleh masuk restoran

Pekerja jalani ujian PCR setiap 72 jam

BEIRUT, 21 Zulhijjah 1442H, Sabtu – Lubnan mengehadkan kemasukan ke restoran, kafe, dan pantai untuk individu yang memiliki sijil vaksin COVID-19 atau mereka yang telah mengambil ujian antibodi, kata Kementerian Pelancongan.

Pekerja yang tidak diberi vaksin di institusi itu akan diminta melakukan ujian reaksi rantai polimerase (PCR) setiap 72 jam, katanya.

Langkah itu dilaksanakan susulan lonjakan jangkitan sekitar 1,104 kes positif pada Khamis lalu berbanding ratusan sehari pada bulan-bulan sebelumnya.

Kes jangkitan di Lubnan memuncak ketika sekatan pergerakan penuh dikuat kuasa pada Januari.

Ini selepas hospital berada dalam kesukaran di tengah-tengah krisis kewangan yang melumpuhkan, dengan ubat-ubatan hampir habis dan kerap kali terputus bekalan elektrik.

Usaha vaksinasi Lubnan lambat dengan hanya sekitar 18 peratus penduduk diberi vaksin sepenuhnya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button