Pendapat

Demonstrasi dedahkan negara untuk menjadi lebih buruk

Tambah beban petugasan kesihatan, rakyat yang runsing dengan krisis negara

DEMONSTRASI yang tak diketahui siapa penganjur nombor satu, hanya akan mencipta masalah baru yang lebih besar dari tuntutan demo itu sendiri. Demonstrasi berlaku tanpa perancangan lengkap untuk menguruskan kesan yang berlaku.

Pendemonstrasi cuma tahu apa yang mereka tidak mahu, tapi tidak tahu apa yang mereka mahu. Menuntut tanpa alternatif penyelesaian. Mendedahkan keadaan negara untuk menjadi lebih buruk.

Mereka tahu belum tentu akan dapat senarai tuntutan mereka, tetapi yang pastinya:

– Mereka mendidik rakyat untuk memprotes luar dari batas saluran sah ketika saluran yang sah masih terbuka. Tempoh kerajaan akan tamat, tunggulah PRU akan datang.

– Merisikokan diri dan orang keliling untuk penyebaran COVID-19. Tiada petanda kes akan turun. Orang muda berdemo balik ke rumah dan bergaul dengan keluarga yang tua. Siapa beri jaminan tidak ada seorang pun yang berdemo itu tidak positif COVID-19?

– Menambahkan beban petugas barisan hadapan sekurang-kurangnya pihak keselamatan dan petugas kesihatan.

– Menambahkan kerunsingan warga yang sayangkan negara yang sedang risau dengan krisis kerajaan – istana.

Atau mungkin itukah sebenarnya tujuan demonstrasi?

Saya mendoakan sesuatu kepada mereka. Moga Allah makbulkan.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button