Berita UtamaDunia

Erdogan arah siasat kemungkinan manipulasi mata wang punca lira jatuh

Lira menjunam ekoran pengekalan dasar kurangkan kadar faedah

ANKARA, 23 Rabiulakhir 1443H, Ahad – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengarahkan siasatan dibuat ke atas kemungkinan berlaku manipulasi mata wang, selepas lira jatuh mendadak ke paras terendah berbanding dolar minggu ini, lapor agensi berita Anadolu.

Erdogan dilaporkan telah menugaskan Majlis Penyeliaan Negeri – sebuah agensi pengauditan yang melapor kepada presiden – untuk mengenal pasti institusi yang telah membeli sejumlah besar mata wang asing bagi menentukan sama ada sebarang manipulasi telah berlaku.

Lira menjunam ke paras terendah minggu ini selepas Erdogan berikrar untuk mengekalkan dasar mengurangkan kadar faedah.  

Ia telah kehilangan sebanyak 45 peratus daripada nilainya tahun ini, dengan kira-kira separuh daripada kerugian tersebut dalam dua minggu lepas.

Mata wang itu jatuh sejauh 13.45 berbanding dolar pada hari Selasa selepas ucapan di mana Erdogan mempertahankan langkah bank pusat untuk mengurangkan kadar dasarnya kepada 15 peratus, walaupun inflasi sebanyak 20 peratus.

Semasa ucapan itu, beliau berkata, Turki sedang memerangi ‘perang ekonomi kemerdekaan’ dan tidak akan tunduk kepada tekanan untuk mengubah haluan.

“Kami melihat permainan yang dimainkan berdasarkan kadar pertukaran, kadar faedah dan kenaikan harga oleh mereka yang mahu menolak negara kita daripada persamaan,” katanya.

Majlis Penyeliaan Negeri Turki boleh menuntut agar organisasi membentangkan maklumat dan dokumen yang berkaitan, dan akan mengunjurkan penemuannya kepada pihak berkuasa yang berkaitan, kata Anadolu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button