Berita Utama

MKT UMNO mesyuarat tergempar esok

Bincang isu politik, kenyataan media Istana Negara

BANGI, 23 Zulhijjah 1442H, Isnin – UMNO akan mengadakan mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) secara dalam talian jam 4 petang esok bagi membincangkan isu politik terkini.

Mesyuarat tergempar itu juga akan membincangkan mengenai kenyataan media Istana Negara berhubung pembatalan Ordinan Darurat dan warkah Yang di-Pertuan Agong. 

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi status Facebooknya, hari ini. 

“Mesyuarat itu akan membincangkan mengenai pembatalan darurat dan penangguhan persidangan khas Parlimen hari ini,” katanya. 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button