Berita UtamaDunia

Peneroka haram Israel tembak peserta solidariti Sheikh Jarrah

Empat keluarga Palestin diusir keluar dari kediaman mereka

RAMALLAH, 23 Zulhijjah 1442H, Isnin – Seorang peneroka haram Israel melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin yang turut serta dalam perhimpunan solidariti untuk penduduk Sheikh Jarrah.

Kejadian berlaku di mana empat keluarga Palestin di kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Timur menunggu keputusan daripada Mahkamah Tinggi Israel berhubung pengusiran paksa dari kediaman mereka.

Saksi memberitahu, seorang peneroka melepaskan tembakan ke arah pemuda Palestin ketika acara solidariti bersama penduduk Sheikh Jarrah.

Mangsa mengalami cedera ringan di kaki.

Susulan kejadian itu, polis Israel bertindak menutup kawasan berkenaan.

Keempat-empat keluarga Palestin – Kurd, Skafi, Jaouni, dan al-Qassem – telah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi berhubung pengusiran paksa dari rumah mereka untuk kepentingan peneroka haram.

Mereka adalah sebahagian daripada kumpulan lebih daripada 500 penduduk Palestin – terdiri daripada 28 keluarga – menghadapi pengusiran paksa dari kawasan kejiranan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button