Artikel Khas

Tahniah hero negara!

Bukan pingat jadi kayu ukur, tapi usaha keras mereka

1. HAKIKATNYA semua atlet yang mewakili negara ke Sukan Olimpik Tokyo 2021 adalah hero kita.

2. Apatah lagi yang berjaya menyumbangkan pingat pertama (Gangsa), pasangan beregu badminton Aaron Chia & Soh Wooi Yik.

3. Begitu juga yang begitu hampir membutirkan satu lagi pingat gangsa, atlet 3M terjun papan anjal, Nur Dhabitah (tempat ke-4 keseluruhan).

4. Namun, bukan pingat merupakan kayu ukur utama. Usaha keras dan keupayaan memecah rekod peribadi juga tidak kurang hebatnya. Contoh pencapaian ini lahir dari atlet muda pecut 100M negara, Azreen Nabila Alias.

5. Lebih membanggakan, beliau melakukannya dengan bertudung dan pakaian sopan, sesuatu yang amat jarang berlaku dalam acara ini.

6. Manakala Dato’ Azizulhasni baru sahaja mencuba Veledrom Izu semalam. Sama-sama kita doakan dan berikan sokongan penuh.

7. Saya yakin beliau pasti mampu menghadiahkan emas pertama Malaysia dalam sejarah Sukan Olimpik yang amat berprestij ini.

Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim Mohamad
Setiausaha Agung BERJASA

 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button