Dunia

Gempa bumi kuat landa selatan Sumatera, Indonesia

Gempa bermagnitud 6.1 skala Richter berlaku pada 6.48 pagi

KUALA LUMPUR, 24 Zulhijjah 1442H, Selasa – Gempa bumi kuat bermagnitud pada 6.1 skala Richter melanda Selatan Sumatera di Indonesia pada 6.48 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berlaku pada kedudukan 244km barat dari Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 48km.

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa terbabit tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan berkenaan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button