Berita Utama

Ismail Sabri, Ku Li dicadang sebagai PM interim?

Sumber UMNO dakwa lebih ramai menteri letak jawatan selepas ini

BANGI, 24 Zulhijjah 1442H, Selasa – Dalam kekalutan situasi politik negara ketika ini, timbul desas-desus bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah diketengahkan sebagai calon Perdana Menteri Interim. 

Pencalonan kedua-dua figura itu didakwa setelah kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassim dikatakan hilang majoriti di Dewan Rakyat.

Ini selepas UMNO hari ini memutuskan menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Free Malaysia Today (FMT) yang memetik sumber mendakwa, terdapat dua kem yang mengetengahkan dua calon itu. 

“Satu pihak merasakan Tengku Razaleigh adalah pilihan lebih baik memandangkan beliau mempunyai pengalaman dan akan dihormati semua pihak,” dakwa sumber. 

Pada masa sama, sumber itu turut mendakwa, lebih ramai Ahli Parlimen UMNO yang mempunyai jawatan kerajaan mungkin meletak jawatan.

“Mereka sepatutnya mengumumkan peletakan jawatan mereka tidak lama lagi,” dakwanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button