Berita UtamaDunia

Kes COVID-19 baharu muncul di Wuhan selepas lebih setahun

61 kes domestik dicatat ekoran varian Delta yang cepat merebak ke puluhan bandar

BEIJING, 24 Zulhijjah 1442H, Selasa – Pihak berkuasa di Wuhan mengatakan bahawa mereka akan menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas seluruh populasinya setelah jangkitan tempatan pertama dilaporkan dalam tempoh lebih dari setahun.

“Bandar berjumlah 11 juta itu dengan segera melancarkan ujian asid nukleik menyeluruh bagi semua penduduk,” kata pegawai kanan Wuhan, Li Tao pada sidang media pada hari ini.

Semalam, Pegawai Wuhan mengumumkan bahawa tujuh jangkitan tempatan telah dijumpai dalam kalangan pekerja warga asing di bandar itu, memecahkan rekod tiada kes domestik selama setahun, setelah ia merebak pada awal tahun 2020.

China telah mengurung penduduk seluruh bandar di rumah mereka, memutuskan hubungan pengangkutan domestik dan melancarkan ujian besar-besaran dalam beberapa hari kebelakangan ini bagi memerangi wabak coronavirus terbesarnya sejak beberapa bulan.

China melaporkan 61 kes domestik pada hari ini ekoran wabak varian Delta yang cepat merebak ke puluhan bandar setelah jangkitan di kalangan pembersih lapangan terbang di Nanjing mencetuskan rangkaian kes yang dilaporkan di seluruh negara.

Bandar-bandar utama termasuk Beijing kini telah melaksanakan ujian terhadap berjuta-juta penduduk sambil mengepung kawasan perumahan dan meletakkan kontak rapat rapat di bawah kuarantin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button