Berita Utama

Remaja dikompaun RM5,000 tanggal gelang kuarantin

Tular video di media sosial seorang remaja tanggalkan gelang merah jambu

IPOH, 24 Zulhijjah 1442H, Selasa – Gara-gara menanggalkan gelang kuarantin bagi tujuan keluar ke tempat awam, seorang remaja perempuan dikenakan kompaun sebanyak RM5,000.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata remaja berusia 17 tahun itu dikenakan kompaun di bawah Peraturan 17 (Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

“Polis mengesan satu video yang tular di media sosial memaparkan seorang remaja dipercayai telah menanggalkan gelang kuarantin berwarna merah jambu tanpa kebenaran Kementerian Kesihatan (KKM) bagi tujuan keluar ke tempat awam.

“Polis berjaya mengesan remaja terbabit dan hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku di Kamunting,Taiping,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Osman turut mengingatkan ​​individu yang didapati sengaja melanggar peraturan akan diambil tindakan sewajarnya di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Sejak semalam, video berdurasi 31 saat itu tular di aplikasi TikTok memaparkan seorang remaja yang memakai topi keledar menanggalkan gelang merah jambu di sebuah kediaman kerana mahu keluar bersiar-siar. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button