Berita UtamaDunia

UAE benarkan beri vaksin Sinopharm pada kanak-kanak 3 hingga 17 tahun

Keputusan dibuat selepas melakukan ujian klinikal, penilaian meluas

ABU DHABI, 24 Zulhijjah 1442H, Selasa – Vaksin Sinopharm COVID-19 kini boleh diberikan kepada kanak-kanak berumur tiga hingga 17 tahun di Emiriah Arab Bersatu (UAE), kata Pihak Berkuasa Pengurusan Krisis Kecemasan dan Bencana Negara (NCEMA), semalam.

Keputusan itu dibuat setelah ujian klinikal dan penilaian meluas berdasarkan kebenaran penggunaan kecemasan serta penilaian tempatan yang sesuai dengan peraturan dipersetujui, kata NCEMA dalam laman Twitternya.

Pada bulan Jun, UAE melancarkan percubaan klinikal yang memberikan vaksin Sinopharm China kepada kanak-kanak berumur tiga hingga 17 tahun. 

Pada masa itu, pejabat Media Abu Dhabi telah mengumumkan bahawa percubaan akan memantau tindak balas imunisasi 900 kanak-kanak sebagai persediaan untuk memvaksinasi kelompok itu dalam masa terdekat.

Beberapa anggota keluarga pemerintah Abu Dhabi turut serta dalam percubaan itu.

UAE pada bulan Mei meluluskan vaksin Pfizer-BioNTech untuk penggunaan kecemasan kepada kanak-kanak berumur antara 12-15 tahun.  

Dubai, anggota kedua terbesar persekutuan UAE, mula menginokulasi kumpulan umur itu pada bulan Jun.

Pada hari Ahad, UAE mengumumkan bahawa 78.9 peratus penduduk telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19, menjadikannya pemberian tertinggi di seluruh dunia, Kementerian Kesihatan mengumumkan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button