Berita Utama

UMNO keluar PN, PAS adakan mesyuarat tergempar

Bincang kemelut politik yang melanda negara ketika ini

BANGI, 24 Zulhijjah 1442H, Selasa – PAS akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan kemelut politik yang melanda negara pada ketika ini.

Ia susulan tindakan mengejut UMNO menarik balik sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Selain tindakan Ahli Parlimen berstatus menteri dari parti tersebut yang melepaskan jawatan sebagai anggota Jemaah Menteri.

Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi media tempatan.

“Kita akan adakan mesyuarat segera,” katanya, hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kemudian mengulangi pendirian Majlis Tertinggi UMNO untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN dan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata surat akuan Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang mencukupi angka bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin telah dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button