Berita Utama

UMNO tarik balik sokongan terhadap kerajaan PN, Muhyiddin

Surat akuan tarik sokongan telah dipersembah kepada Agong

KUALA LUMPUR, 24 Zulhijjah 1442H, Selasa – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengulangi pendirian Majlis Tertinggi UMNO untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata surat akuan Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang mencukupi angka bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin telah dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT secara maya.

Sidang media itu turut dihadiri Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dan beberapa Ahli Parlimen UMNO termasuk Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan), Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian) dan Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang). – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button