Berita Utama

Usul bahas Ordinan Darurat boleh dibawa pada September: PM

Selaras titah Agong, peruntukan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan

BANGI, 24 Zulhijjah 1442H, Selasa – Suatu usul untuk membahas dan seterusnya mengungkaikan Ordinan-Ordinan Darurat boleh dibawa dalam sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada September.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia selaras dengan titah pandangan Yang di-Pertuan Agong dan peruntukan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, usul itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok dan berharap dapat menyelesaikan polemik berkaitan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat secara harmoni dan berperlembagaan.

“Adalah dimaklumkan bahawa proses pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seperti mana yang disembah nasihat oleh Jemaah Menteri pada 23 Julai 2021 tidak dapat disempurnakan.

“Dengan berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos 2021, berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak lagi berbangkit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button