Pendapat

Hijrah politik seruan untuk semua pejuang yang ikhlas

Bangkit berjuang bersama BERJASA depani cabaran bina negara, selamatkan keadaan

ISU krisis politik negara benar-benar menyiram api dengan minyak, menyapu cuka di atas luka.

Pengalaman meniti usia remaja sehingga dewasa menyoroti politik negara, melihat dan meneliti perkembangan parti UMNO, PAS, PKR, DAP, Amanah, Bersatu dan lain-lain, seolah-olah melihat roda yang berputar. Sekejap di atas sekejap di bawah, sama tiada beza.

Perjuangan politik negara tidak ubah hanya membina kuasa memerintah negara, kemudian selesa berada di atas dan lupa jasa dan janji. Hilang prinsip dan harga diri.

Membuta tanpa agenda. Kerajaan PH seperti ditusuk hidung, terlalu sibuk menangkan agenda asing. Nasib ada atuk yang pandai jaga cucu. Biarlah 22 bulan gagal, jika diteruskan makin rosak kedaulatan negara dan kedudukan Raja.

Berganti kerajaan, PN kerajaan segera. Lemah, hidroponik, masih ada sikap sebahagian ahli politik yang khianat. Idea selamatkan negara bertukar menjadi #kerajaangagal.

Walaupun niat dan prestasi baik dari PN tetap dilabel #gagal, diburukkan dengan dendam Anwar dan kluster mahkamah, negara bakal hilang kerajaan memerintah

Belayar tanpa nakhoda.

Tertiba terdetik, andai Rasulullah ﷺ ada bersama? Malulah kalian.

Kini BERJASA muncul dengan nakhoda baru, kepimpinan Rabbani yang Insya-Allah penuh visi dan misi berazam menjadi parti pilihan rakyat setelah prestasi parti sedia ada berputar-berputar pada orbit yang sama.

Hijrah politik adalah seruan untuk semua rakyat dengan minda yang sedar dan waras, celik dan sedar memilih BERJASA sebagai alternatif kepada kewajipan berpolitik demi menyelamatkan negara.

Hijrah politik adalah seruan untuk semua pejuang yang ikhlas, pemimpin yang jujur memilih pentas dan medan yang benar untuk berpencak. Bangkit berjuang bersama BERJASA mendepani cabaran membina negara dan menyelamatkan keadaan.

BERJASA memerlukan seramai mungkin wira watan yang bakal berjuang memberikan jasa, bakti dan pengorbanan.

Jiwa-jiwa muda penuh semangat.

Sheikh, otai-otai lama penuh berpengalaman.

Bergabung tenaga membina Watan.

Ustaz Fahmi Bazlan Muda
Ketua Pemuda BERJASA Malaysia
YDP BERJASA Bahagian Shah Alam

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button