Berita Utama

Rentas negeri ke majlis kahwin di Terengganu punca kluster baharu

43 kes disahkan di bawah kluster Kampung Tanah Lot Merchang

PUTRAJAYA, 25 Zulhijjah 1442H, Rabu – Seorang wanita yang merentas negeri dari Pahang ke Terengganu untuk menghadiri majlis perkahwinan kini menjadi kes indeks kluster COVID-19 yang baharu.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam laporan akhbar harian COVID-19 pada hari ini, mengatakan bahawa wanita berusia 33 tahun itu merentas negeri pada 23 Julai untuk menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Tanah Lot Merchang di Terengganu.

Selepas mengalami gejala pada 27 Julai, dia disahkan positif COVID-19 pada 31 Julai.

Ekoran itu, kira-kira 121 individu menjalani ujian saringan COVID-19 dan setakat ini terdapat 43 kes yang disahkan di bawah kluster tersebut.

Kluster ini adalah salah satu daripada 35 kluster baru yang diumumkan oleh KKM pada hari ini.

Dari jumlah itu, 20 adalah kluster komuniti, yang dikaitkan dengan sekurang-kurangnya 636 kes yang disahkan.

14 kumpulan lain adalah kluster yang berkaitan dengan tempat kerja dengan 737 kes positif berkaitan dengannya.

Satu kumpulan lain di Pasir Mas, Kelantan adalah kluster di Kampung Lubok Kawah.

Sekurang-kurangnya 11 kes positif telah dikesan di bawah kluster itu, yang dikaitkan dengan aktiviti keagamaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button