Berita Utama

Ahmad Faizal dilantik Penasihat PM bertaraf menteri

Nasihati Muhyiddin dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosio-ekonomi

PUTRAJAYA, 26 Zulhijjah 1442H, Khamis – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Penasihat kepada Perdana Menteri, dengan taraf menteri.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan berkata, Ahmad Faizal, yang juga Ahli Parlimen Tambun dan mantan Menteri Besar Perak, akan menasihati Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat, dan pembangunan sosio-ekonomi.

“Pejabat ini mengucapkan tahniah kepada YB Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di atas pelantikan ini,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button