Berita UtamaDunia

Jet haram Israel lancar serangan udara ke atas Lubnan

Serangan Zionis langgar resolusi Majlis Keselamatan PBB

TEL AVIV, 26 Zulhijjah 1442H, Khamis – Jet negara pengganas Israel melancarkan serangan udara terhadap Lubnan sebagai tindak balas ke atas serangan roket yang ditembak ke negara itu.

Televisyen Al-Manar Lubnan – yang dikendalikan Hizbullah – berkata, pesawat Zionis melakukan dua serangan udara kira-kira jam 12:40 pagi waktu tempatan di luar bandar Mahmoudiya, sekitar 11km (tujuh batu) dari sempadan.

Agensi Berita Nasional rasmi Lubnan turut melaporkan serangan itu namun tanpa perincian yang mendalam.

Rabu lalu, roket yang ditembak dari Lubnan menghala kawasan terbuka di utara Israel, menyebabkan kebakaran di sepanjang sempadan berbukit.

Tidak ada pihak bertanggungjawab ke atas serangan berkenaan, yang dipercayai datang dari sebuah kawasan di selatan Lubnan di bawah pengaruh gerila Hizbullah yang disokong Iran.

Presiden Lubnan, Michel Aoun berkata, serangan udara Israel adalah yang pertama mensasarkan kampung-kampung Lubnan sejak tahun 2006 dan menunjukkan peningkatan dalam ‘niat agresif’ terhadap negaranya.

Menerusi kenyataan di Twitter, beliau berkata, serangan itu ancaman langsung terhadap keselamatan dan kestabilan selatan Lubnan dan melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button