Berita Utama

Pendaftaran bersyarat vaksin Moderna diluluskan

KKM komited pertingkatkan akses kepada produk vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR, 26 Zulhijjah 1442H, Khamis – Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ke-362 hari ini meluluskan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi produk Spikevax 0.20 mg/ml Dispersion for Injection COVID-19 mRNA Vaccine (nucleoside modified), juga dikenali sebagai vaksin COVID-19 Moderna.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata, kelulusan produk itu bagi pemegang pendaftaran produk (PRH) Zuellig Pharma Sdn Bhd dan pengilang Rovi Pharma Industrial Services, Sepanyol.

“Kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan serta keberkesanan produk vaksin dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

“Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan sentiasa komited dalam mempertingkatkan akses kepada produk vaksin COVID-19 di Malaysia dengan memastikan produk berkenaan dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan PBKD. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button