Berita Utama
PICK: Hampir 23 juta dos vaksin diberikan setakat semalam
45.8 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama

KUALA LUMPUR, 26 Zulhijjah 1442H, Khamis – Sebanyak 22,646,581 dos vaksin COVID-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 14,941,585 orang menerima suntikan dos pertama manakala 7,704,996 orang menerima dos kedua.
“Mengikut peratusan, 45.8 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 23.6 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 mereka,” katanya.
Sementara itu, vaksinasi harian pula mencatatkan sebanyak 494,214 dos diberikan semalam dengan 230,053 adalah pemberian dos pertama manakala 264,161 lagi adalah dos kedua. – Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.