Berita Utama

31 Ahli Parlimen UMNO, BN sokong kerajaan PN teruskan pentadbiran

Keabsahan akan ditentukan menerusi usul undi percaya di Parlimen

KUALA LUMPUR, 27 Zulhijjah 1442H, Jumaat – Seramai 31 Ahli Parlimen daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) hari ini menyatakan pendirian untuk terus bersama serta menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi meneruskan pentadbirannya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semua Ahli Parlimen terbabit berpendirian supaya keabsahan kerajaan hari ini, di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan ditentukan oleh wakil rakyat menerusi usul undi percaya yang dijadual dibentangkan di Parlimen September nanti.

“Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) telah beri perkenan supaya satu usul undi percaya dibentangkan di dalam Parlimen dan Ahli Parlimen boleh tentukan pendirian sokong atau tidak usul tersebut.

“Jelas bahawa Yang di-Pertuan Agong mahu supaya Parlimen diadakan, sidang diadakan dan penentuan sama ada kerajaan hari ini masih terus boleh berfungsi selepas September yang akan ditentukan oleh Ahli-ahli Parlimen,” katanya dalam sidang media yang dihadiri 21 Ahli Parlimen UMNO dan BN di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini hari ini.

Seramai 10 lagi Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan hari ini untuk meneruskan pentabdiran tidak hadir kerana urusan tugas. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button