Berita Utama

Keputusan UMNO tangguh pemilihan tak sah: ROS

Penggal Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2018-2021 telah berakhir

PUTRAJAYA, 27 Zulhijjah 1442H, Jumaat – Keputusan UMNO untuk menangguhkan pemilihan partinya tidak sah, kata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Ketua Pengarahnya, Jasri Kasim berkata, ini berdasarkan minit mesyuarat majlis tertinggi UMNO untuk menangguhkan pemilihan di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang pada awalnya dijadualkan diadakan pada 7 Julai telah pun diserahkan kepada ROS.

“Keputusan (oleh UMNO) tidak sah kerana penggal Ahli Majlis Tertinggi UMNO bagi 2018-2021 telah berakhir pada 30 Jun,” katanya, seperti dilapor The Star, hari ini.

Jasri berkata, ROS bertanggungjawab untuk memastikan semua aktiviti dan pengurusan pertubuhan berdaftar mengikut Perlembagaan setiap organisasi dan tidak bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 atau mana-mana undang-undang negara.

Jun lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan itu selaras dengan Perlembagaan UMNO Fasal 10.16 iaitu MKT berhak menangguhkan pemilihan di peringkat MKT, bahagian dan cawangan.

Namun, penangguhan itu tidak boleh lebih daripada 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan.

Penganalisis bagaimanapun beranggapan bahawa langkah menangguhkan pemilihan ini mempunyai alasan tersembunyi selain berkemungkinan bagi memastikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terus menguasai MT.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button