Berita UtamaDunia

PBB bimbang vaksin COVID-19 tidak digunakan

Sedia bantu edaran namun atas permintaan kerajaan

NEW YORK, 27 Zulhijjah 1442H, Jumaat – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bimbang dengan keadaan vaksin COVID-19 yang tidak digunakan.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric menegaskan bahawa badan dunia itu hanya dapat membantu mendapatkan dos atas permintaan kerajaan.

“Kami amat bimbang dengan situasi vaksin tidak digunakan. Sama ada atas sebab pentadbiran, kerana kurangnya penjagaan yang betul, atau terus terang kerana keraguan vaksin,” katanya kepada wartawan.

Beliau berkata, PBB sedia membantu negara-negara dengan pengedaran vaksin dari segi pengangkutan serta memerangi keraguan vaksin.

Bagaimanapun katanya, langkah itu hanya dapat dilakukan atas permintaan kerajaan.

Menurut data dari agensi kanak-kanak PBB UNICEF, program perkongsian vaksin COVAX sejauh ini telah memberikan 186.2 juta dos kepada 138 negara.

COVAX menyasarkan untuk mendapatkan dua bilion dos bagi negara berpendapatan rendah dan sederhana pada akhir 2021.

COVAX dikendalikan oleh Pakatan Vaksin Global (GAVI), Gabungan Bagi Inovasi Persediaan Epidemik (CEPI), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button