Berita Utama

PICK: Jumlah pemberian vaksin COVID-19 sudah cecah 23 juta dos

24.5 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR, 27 Zulhijjah 1442H, Jumaat – Sebanyak 23,161,255 dos vaksin COVID-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 15,162,424 orang menerima suntikan dos pertama manakala 7,998,831 orang menerima dos kedua.

“Mengikut peratusan, 46.4 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 24.5 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 mereka,” katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 514,674 dos diberikan semalam dengan 220,839 adalah pemberian dos pertama manakala 293,835 lagi adalah dos kedua. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button