Berita UtamaDunia

Tiada berkesudahan, lagi rumah dan premis penduduk Palestin diroboh

Tentera Zionis serang peserta bantahan guna belantan, gas pemedih mata

TEBING BARAT, 27 Zulhijjah 1442H, Jumaat – Tentera negara pengganas Israel merobohkan beberapa buah rumah dan premis pertanian Palestin di Tebing Barat yang diduduki.

Jentolak Zionis memusnahkan dua bangunan kediaman milik keluarga Jaradat di Sair – bandar berhampiran Hebron.

Beberapa jentera milik tentera dan empat jentolak tiba di kawasan Wadi al-Sharq di Sair pada Khamis pagi.

Mereka memulakan operasi meratakan dua bangunan kediaman itu selama hampir empat jam.

Setiap bangunan mempunyai tiga flat seluas 200 meter persegi.

Pada masa sama, tentera turut menggunakan belantan serta melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah bagi menyuraikan himpunan bantahan rakyat Palestin terhadap perobohan itu.

Agensi berita Palestin, Wafa melaporkan seorang penduduk Palestin cedera selepas terkena peluru dan beberapa yang lain menderita sesak nafas disebabkan gas pemedih mata.

Selain itu, tentera menahan pemilik bangunan itu, Ahed dan Jamal Ali Yasin Jaradat serta menyerang penduduk – termasuk kanak-kanak dan wanita – yang cuba menghalang mereka ke kawasan berkenaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button