Berita UtamaDunia

UNIFIL beri amaran situasi bahaya selepas Hizbullah-Israel berbalas tembakan

Belum ada laporan kerosakan atau korban nyawa setakat ini

BEIRUT, 27 Zulhijjah 1442H, Jumaat – Pasukan pengaman PBB yang melakukan rondaan di sempadan antara Israel dan Lubnan, UNIFIL memberi amaran keras mengenai ‘situasi yang sangat berbahaya’ di kawasan terbabit .

Ini selepas gerakan Hizbullah Lubnan dan tentera rejim pengganas Israel berbalas tembakan hari ini.

“Situasi ketika ini sangat berbahaya, dengan peningkatan tindak balas dilakukan kedua-dua belah pihak selama dua hari ini,” katanya, sambil memaklumkan bahawa pihaknya berusaha ‘mencegah situasi daripada tidak dapat dikawal.’

Organisasi Hizbullah yang disokong Iran mengatakan bahawa mereka telah menembak puluhan roket di tanah terbuka berhampiran kedudukan Israel di kawasan Shebaa Farms yang dipertikaikan sebagai tindak balas terhadap serangan udara Israel di Lubnan minggu ini.

Dalam satu kenyataan, Hizbullah mendakwa, serangan udara Israel telah menyasarkan kawasan terbuka di Lubnan.

Roket dilepaskan ke arah Israel dari selatan Lubnan menghala siren di utara Israel dan Dataran Tinggi Golan yang dijajah Israel.

Tidak ada laporan segera mengenai kerosakan atau korban nyawa direkodkan setakat ini. 

Media Israel melaporkan bahawa beberapa roket telah dipintas oleh sistem pertahanan Iron Dome Israel. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button