Berita Utama

Warga IPT divaksin menjelang Oktober

Usaha supaya lebih ramai pelajar dapat kembali ke kampus

PUTRAJAYA, 27 Zulhijjah 1442H, Jumaat – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Pasukan Petugas Khas Covid-19 Kebangsaan (CITF) bersetuju untuk memberi vaksin kepada seluruh warga pengajian tinggi menjelang Oktober. 

Proses ini akan berjalan secara berperingkat, kata Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menerusi kenyataan di Facebooknya, hari ini. 

Beliau berkata, usaha ini adalah untuk mewujudkan gelembung kampus (campus bubble) supaya lebih ramai pelajar dapat kembali ke kampus secara berfasa dan menjalani Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) secara hibrid.

“Ini merupakan sebahagian daripada Pelan Pemulihan Institut Pengajian Tinggi (PEMULIH IPT) yang sedang dirangka oleh pihak kementerian.

“Dalam PEMULIH IPT, beberapa strategi dan prosedur operasi standard (SOP) sedang diperincikan bagi menentukan keadaan di mana mereka yang sudah divaksin selamat untuk berinteraksi sesama sendiri, dalam kelompok yang telah divaksin,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, antara yang sedang turut diperhalusi adalah langkah-langkah kawalan dalam mengekang penularan COVID-19 di IPT. 

“Semoga Allah merahmati negara kita dan melindungi kita semua,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button