Uncategorized

Isu perarakan: 20 Ahli Parlimen selesai beri keterangan

3 lagi Ahli Parlimen selesai diambil keterangan hari ini

KUALA LUMPUR, 28 Zulhijjah 1442H, Sabtu – Polis telah mengambil keterangan 20 Ahli Parlimen setakat ini berhubung isu perarakan Ahli Parlimen pembangkang ke bangunan Parlimen pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata tiga lagi Ahli Parlimen selesai diambil keterangan hari ini iaitu Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah dan Ahli Parlimen Sungai Buloh Sivarasa Rasia.

Beliau berkata turut selesai memberi keterangan ialah Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sehingga hari ini, jumlah semua Ahli Parlimen yang telah selesai dirakam keterangan ialah seramai 20 orang sejak 4 Ogos sehingga hari ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Isnin lepas, Ahli Parlimen pembangkang cuba memasuki pekarangan bangunan Parlimen bagi mendesak supaya sidang khas disambung walaupun ia telah ditangguhkan atas nasihat Kementerian Kesihatan berikutan penularan COVID-19.

Kumpulan itu kemudian bersurai tanpa sebarang kekecohan selepas diarahkan polis. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button