Berita Utama

Lebih 23.6 juta dos vaksin diberikan setakat semalam

47 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama

KUALA LUMPUR, 28 Zulhijjah 1442H, Sabtu – Sebanyak 23,608,290 dos vaksin COVID-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 15,350,180 orang menerima suntikan dos pertama manakala 8,258,110 orang menerima dos kedua.

“Mengikut peratusan, 47 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 25.3 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 mereka,” katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 447,035 dos diberikan semalam dengan 187,756 adalah pemberian dos pertama manakala 259,279 lagi adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button